? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 7, 2010

TOLERANSI MELAYU

Pada 1 Mac yang lalu, saya berpeluang untuk menghadiri majlis penyerahan buku Amanat Presiden UMNO iaitu bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah ke zaman Pak Lah bertempat di Dewan Sri Impiana, Hotel UITM, Shah Alam. Buku yang bernilai RM200 tersebut mengandungi 6 jilid kesemuanya merupakan terbitan Barita Publishing dgn kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana.
Selepaas majlis penyerahan, diadakan sesi bual bicara. Panelnya adalah Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Zainal Keling sementara moderatornya ialah Dato' A Kadir Jasin.
Soalan yg diberi oleh moderator ialah orang Melayu dikatakan sangat toleransi tapi pada masa yang sama Melayu juga merupakan bangsa yg mudah marah dan mengamuk yang sekaligus menyifatkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai 2 wajah dlm 1 masa)
Prof Dr Khoo Kay Kim menceritakan kejadian apabila British datang ke tanah Melayu, mereka berpendapat bahawa bangsa Melayu ada 2 jenis iaitu golongan yg memerintah dan golongan yang diperintah. Ini memudahkan pihak British. Strategi mereka ialah golongan memerintah perlu terus memerintah dan diberi peluang mendapat pendidikan yang bagus.
Sementara diperintah dikekalkan sbg golongan bawahan yang menyediakan sumber makanan untuk gol atasan. Inggeris banyak memberi perlindungan kepada orang Melayu tetapi malangnya ia tidak menjadikan Melayu golongan yang maju. Hal ini adalah kerana, segala kemudahan yg ada dinikmati oleh Inggeris dan Cina.
Masyarakat cina pada hakikatnya banyak terhutang budi dengan org Melayu kerana setiap kali mahu membuka lombong atau tanah baru, orang-orang Cina ini akan meminta bantuan dari orang Melayu melihat kawasan mana yang berpotensi untuk di lombong.
Prof Dr Zainal Keling berpendapat bahawa Melayu tidak pernah dijajah. Kejatuhan Melaka pada dasarnya hanyalah kejatuhan pelabuhan Melaka semata0mata sahaja. Ia bukan kejatuhan Empayar Melaka secara keseluruhannya.
pada hakikatnya hanya pemimpin kita sahaja yang mengatakan bahawa tanah Melayu dijajah lebih 500 tahun tapi mengikut pada sejarah, ia tidak sama sekali. Toleransi Melayu kini kian mengurang, kerana sebenarnya masyarakat Melayu sangat khuatir akan nasib yang bakal menimpa anak bangsa mereka sekiranya mereka terus bertoleransi terhadap bangsa lain.
Oleh sebab itu banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan lebih bersifat nasionalisme iaitu mahu memperjuangkan nasib orang Melayu dan baru-baru ini, terdapat lebih kurang 70 NGO Melayu ini bergabung.
Terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh orang Melayu selama ini, namun hanya 1 sahaja yang diambil tindakan iaitu isu PPSMI. Isu-isu berbangkit yang lain hanya berjaya dibawa setakat cakap-cakap kosong sahaja.
Jika dilihat dari sudut demografi penduduk Malaysia hari ini, yang menguasai kawasan bandar adalah orang Cina sedangkan orang Melayu masih banyak menetap di luar bandar. Sedangkan seperti yang kita sedia maklum, bandarlah punca atau sumber segala kemudahan yang ada. Segala kemudahan dan kemajuan yang lebih lengkap dan sempurna.
Maknanya, selepas ini golongan di luar bandar akan menjadi pekerja ataupun orang suruhan kepada orang-orang di bandar. Pemimpin tidak menjelaskan dengan terperinci dan panjang lebar pada setiap dasar yg dibawanya.

0 comments: