? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 14, 2010

[Tragedi Gemenceh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

Apabila membaca kisah pembunuhan paling kejam yang berlaku di Gemenceh baru-baru ini, teringat saya pada satu lagi kisah pembunuhan Datuk Taha Talib(bekas speaker dewan Undangan Negeri Sembilan). Masih ingatkan lagi anda? Kes pembunuhan Datuk Taha Talib yang telah pun berlaku 20 tahun yang lalu. Persamaannya adalah, kedua-kedua tempat kejadian sehingga berlakunya pembunuhan adalah sama iaitu di Gemenceh.


Pembunuhnya adalah orang politik juga iaitu Datuk Mokhtar Hashim yang mana perbicaraan pada masa itu berjalan selama 2 bulan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah diampunkan atas perkenan Yang Dipertuan Agung pada masa itu dan hukumannya telah ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di dalam penjara, beliau telah pun dibebeaskan.

Mengucap panjang apabila mendengar kisah empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya masing-masing berusia 90, 80 dan 76 tahun selain gadis berusia 22 tahun.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, suspek kes pembunuhan kejam ini(Rashidi Ismail – 34 tahun) pernah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di Affin Bank dan kemudiannya dikenakan VSS. Selepas itu, beliau menjalankan bisnes sendiri malangnya suspek telah ditipu. Pada masa yang sama tunang pula minta putus. Suspek juga mengalami masalah kewangan yang agak teruk.

Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada

Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.

Pengajaran demi pengajaran yang sepatutnya diambil daripada kes pembunuhan ngeri seperti ini, dengan harapan sekurang-kurangnya kejadian seperti dapat dielakkan dengan cara bertindak segera mendapatkan pertolongan dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun, samada psikiatrik atau kaunselor(bergantung kepada situasi dan keadaan) jikalau mendapati perubahan perangai yang janggal berlaku pada ahli keluarga kita. Kadang-kadang sekecil-kecil benda inilah yang boleh bawa masalah besar.

Antara masalah utama ialah stigma masyarakat yang mengaitkan Wad Psikiatrik/Doktor Pakar Psikiatrik dengan orang gila sehingga mereka menjadi segan dan malu untuk bertindak.

P/S : Memang tidak boleh disangkal lagi, inilah pembunuhan paling kejam dan tragis di Malaysia. Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan di Gemenceh ini dan salam takziah untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuanNya.-berita.com






0 comments: