? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 29, 2010

KEWARASAN AKAL DI MANA?

Perbuatan buang bayi bukanlah sesuatu yang janggal dalam kehidupan masyarakat sekarang namun membuang bapa sendiri akibat mengikut kehendak dan permintaan isteri adalah sesuatu yang agak luar biasa berlaku.
Bapa yang pernah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, sanggup kita lukakan hati mereka hanya kerana sayangkan isteri yang tidak berhati perut. Masyarakat masa kini semakin buta hati dan sesat dalam arus kemodenan. Mereka yang membuang bapa sendiri seharusnya sedar diri. Mereka berjaya bukanlah keranan diri mereka semata-mata. Bukanlah kerana kebijaksanaan yang dipinjam Allah tetapi adalah hasil daripada pengorbanan yang diberikan bapa mereka dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik yang mampu menjamin masa depan mereka.
Pengorbanan bapa langsung tidak dihargai. Warga emas yang hanya bergantung harap kepada anak sendiri dibuang seperti kain buruk, ditinggalkan di tepi jalan seperti mereka tidak berharga. Tidakkah timbul di benak hati para anak rasa kasih dan kasihan kepada bapa mereka.
Bapa seorang berjaya membesarkan anak-anak yang ramai namun mengapa tiada seorangpun daripada mereka mahu menjaga dan menguruskan bapa mereka satu-satunya dengan hati yang ikhlas dan redha. Mengapa tiada seorangpun di kalangan mereka yang kasih dan sayang pada bapa mereka seperti bapa mereka mengasihani mereka? Anak-anak derhaka ini merasakan tiada yang lebih berkuasa selain daripada mereka. Mungkin mereka menganggap bahawa insan yang pernah tidak tidur malam apabila mereka sakit dan sanggup tidak makan untuk melihat perut mereka terisi itu adalah beban yang sangat berat untuk dipikul.
Pelik. Rasa kasihan langsung tidak timbul ketika melihat air mata bapa mereka di kaca televisyen menangis dan memikirkan apakah yang pernah mereka lakukan sepanjang hayat mereka sehingga anak-anak tegar meninggalkan mereka di tepi jalan, di pusat kesihatan mahupun di masjid berdekatan. Mereka yang derhaka ini lebih takut kehilangan isteri daripada takut akan kemurkaan dan balasan yang bakal diberi oleh Allah s.w.t kepada mereka.
Balasan pasti akan tiba pada mereka yang melakukan perbuatan baik apatah lagi jahat. Tunggu dan lihatlah sahaja balasan yang dijanjikan. Semoga mereka menyesali perbuatan mereka ke atas bapa mereka. Semoga tiada lagi kisah buang bapa disiarkan di dada akhbar. Semoga kita mengambil iktibar di atas perbuatan yang membangkitkan kemarahan Allah s.w.t.

King Ghaz meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Tun Mohd Ghazali, 88, Tokoh Umno dan juga bekas Menteri Luar, meninggal dunia di kediamannya di Persiaran Wangsa Bestari, Subang Jaya kira-kira jam 7.45 malam selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai King Ghaz pernah berkhidmat dengan empat Perdana Menteri dipercayai sakit tua, meninggal dunia ketika tidur selepas solat Maghrib.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah adiknya, Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama untuk diuruskan.

Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Mujahidin, Damansara Utama, kira-kira jam 8 pagi hari ini sebelum dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, selepas Zuhur.

Allahyarham ketika hayatnya, dikenali sebagai seorang yang amat tegas dan berani dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

food

7 great foods

APPLES
With an astonishing 150 supernutrients packed into each aplle you eat, this easy to transport, easy to eat, no waste fruit is specially good for quercetin, an antioxcidant that appears from laboratory research to help to kill off viruses such as herpes, which causes cold sores.
Quercetin sits just under the skin so never peel your apples before eating.

GREEN TEA
Swap a couple of cups of your builder’s brew a day for green tea. Especially rich in polyphenols, green tea antioxcidants have antibacterial and anti antithrombotic roles, and regulate the immune system.
The lazy man’s solution to boosting antioxidants, which may also help to fight tooth decay.

TOMATOES
This vegetable is packed with the red pigment lycopene, the main antioxcidant in the prostate gland.
Studies reveal that men eating tomatoes 10 or more times a wek have a 35 per cent reduced risk of developing prostate cancer.

CHILLIES
These sure to raise your metabolism : the hotter you can stand, the more their effect. Expect a 15 per cent increase in calories burnt for about two hours after eating a hot chilli sauce.

OATS
Have them in muesli or porridge, Oatibix or oatmeal. Full of the soluble fibre called beta glucan, which lowers “bad” cholesterol, they also give us silica, a trace mineral believed to be vital for good – quality skin, metrosexual or otherwise.

PRUNES
Blend them with milk and yoghurt to make antioxcidant-rich, free-radical-zapping drink also gives ferulic acid, a supernutrient associated with bowel health.
The special sugar prunes will also help to keep you regular and potentially help to resist bowel cancer.

OILY FISH
Fling fresh sardines under the grill, or have them fron a can : either way, like mackerel, salmon and anchovies, they are great for omega-3 oils, which seem to make platelets in the blood less likely to clump together and cause a clot. – The Times.

Sunday, January 24, 2010

BERSYUKURKAH KITA?

Mampukah kita untuk hidup seandainya kemarau panjang melanda? Satu daripada lima rakyat dunia tidak mendapat bekalan air bersih sepanjang hayat hidup mereka. kita sebagai rakyat Malaysia harusnya bersyukur kerana tanpa kita sedar di luar sana terdapat ramai rakyat yang hidup tanpa menikmati air yang bersih terutamanya untuk minum dan mandi.

2.4 million manusia minum air tanpa sistem kumbahan yang betul seperti di negara mundur seperti Bangladesh dan India. Kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup terlalu kerap merungut pada beberapa masalah air yang tidaklah terlalu kritis jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Masalah air berbau yang pernah berlaku di beberapa kawasan Lembah Klang dan Putrajaya tidak lama dulu pernah menjadi perbualan hangat akhirnya menutup mulut segelintir individu setelah penerangan yang terperinci diberikan. Ada juga antara kita yang tidak pernah cuba untuk menghargai air dengan mencemarkan dan membazir tanpa memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka.

Mungkin, jika diberi sehari oleh Tuhan kemarau yang mengeringkan semua air di bumi, pastinya manusia akan tahu betapa sukarnya hidup tanpa sumber tersebut dan nikmat air pastinya akan lebih dirasai.

KECELARUAN HIDUP MANUSIA

Manusia adalah sebaik-baik kejadian walaupun hanya dicipta daripada tanah. Manusia juga diciptakan sebagai khalifah. Manusia juga diciptakan berakal tetapi mengapa semakin moden dunia, semakin bercelaru manusia itu?

Manusia merupakan makhluk yang paling berharga mengikut pandangan Islam iaitu lebih berharga dari petroleum, balak, emas dan sebagainya. Atas alasan itulah Allah SWT telah mengutuskan Nabi-Nabi untuk mengajar perkara-perkara yang tidak dapat difikir, dianalisa atau dikomputer oleh mereka seperti hidup selepas mati, dosa pahala, syurga neraka dan perhitungan di Padang Marsyar.

Dengan ajaran inilah Allah mendidik manusia supaya gerun dan takut untuk menyeleweng, berlaku zalim terhadap sesama makhluk, mengambil rasuah dan riba dan paling penting tidak menyekutukannya atau menyamakannya dengan mana-mana makhluk atau benda. Dengan itu, Nabi-Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w memulakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepadanya untuk membaiki hati atau kalbu manusia.

Celaru dan hiruk pikuk yang berlaku dalam mana-mana masyarakat termasuk masyarakat kita pada hari ini adalah kerana pemimpin yang memimpin negara kita tidak memperbaiki kalbu dan membersihkan jiwa mereka. Mereka hanya berfikir menggunakan nafsu yang menenggelamkan kewarasan akal melingkungi ruang lingkup dunia sahaja - tidak sampai ke akhirat. Dengan itu mereka berlumba-lumba mencari kekayaan diri dan keluarga tanpa mengira dosa pahala apalagi nasib rakyat jelata dan negara.


Ketidakseimbangan inilah yang membuatkan ada di antara masyarakat yang rasa tertipu dan tertindas dengan perilaku pemimpin masa kini. yang atas akan terus-terusan menikmati kemewahan manakala yang berada di bawah pastinya akan terus ditindas dan dilupakan. kecelaruan pastinya akan terjadi jika golongan yang terkemudian terpaksa melakukan kerja-kerja yang haram hanya untuk meneruskan kehidupan.

Kejadian seperti mencuri, merompak dan sebagainya hanya 1 jalan singkat untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa keprihatinan dari mana-mana pihak. Bukan menyalahkan golongan yang berada dan hidup dilimpahi wang ringgit tetapi hanya untuk membuka mata mengapa kejadian jenayah berlaku. Pernahkah keluar berita di dada akhbar jutawan mencuri di pusat membeli belah ataupun ahli politik merompak bank?

Jika manusia kaya tidak membantu yang miskin hina, siapa lagi? Kecelaruan makin menjadi-jadi di zaman moden kini kerana masyarakat menganggap wang adalah segala-galanya. Pemimpin yang bertanggungjawab, yang telah mendapat kepercayaan dari rakyat jelata seharusnya membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat miskin.

Salah 1 cara yang paling mudah untuk mengatasi kecelaruan adalah dengan mengeluarkan zakat. Bukankah harta yang ada pada golongan kaya adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT untuk orang-orang miskin.

Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
(Surah at-Taubah, Ayat: 103).