? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 24, 2010

KECELARUAN HIDUP MANUSIA

Manusia adalah sebaik-baik kejadian walaupun hanya dicipta daripada tanah. Manusia juga diciptakan sebagai khalifah. Manusia juga diciptakan berakal tetapi mengapa semakin moden dunia, semakin bercelaru manusia itu?

Manusia merupakan makhluk yang paling berharga mengikut pandangan Islam iaitu lebih berharga dari petroleum, balak, emas dan sebagainya. Atas alasan itulah Allah SWT telah mengutuskan Nabi-Nabi untuk mengajar perkara-perkara yang tidak dapat difikir, dianalisa atau dikomputer oleh mereka seperti hidup selepas mati, dosa pahala, syurga neraka dan perhitungan di Padang Marsyar.

Dengan ajaran inilah Allah mendidik manusia supaya gerun dan takut untuk menyeleweng, berlaku zalim terhadap sesama makhluk, mengambil rasuah dan riba dan paling penting tidak menyekutukannya atau menyamakannya dengan mana-mana makhluk atau benda. Dengan itu, Nabi-Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w memulakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepadanya untuk membaiki hati atau kalbu manusia.

Celaru dan hiruk pikuk yang berlaku dalam mana-mana masyarakat termasuk masyarakat kita pada hari ini adalah kerana pemimpin yang memimpin negara kita tidak memperbaiki kalbu dan membersihkan jiwa mereka. Mereka hanya berfikir menggunakan nafsu yang menenggelamkan kewarasan akal melingkungi ruang lingkup dunia sahaja - tidak sampai ke akhirat. Dengan itu mereka berlumba-lumba mencari kekayaan diri dan keluarga tanpa mengira dosa pahala apalagi nasib rakyat jelata dan negara.


Ketidakseimbangan inilah yang membuatkan ada di antara masyarakat yang rasa tertipu dan tertindas dengan perilaku pemimpin masa kini. yang atas akan terus-terusan menikmati kemewahan manakala yang berada di bawah pastinya akan terus ditindas dan dilupakan. kecelaruan pastinya akan terjadi jika golongan yang terkemudian terpaksa melakukan kerja-kerja yang haram hanya untuk meneruskan kehidupan.

Kejadian seperti mencuri, merompak dan sebagainya hanya 1 jalan singkat untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa keprihatinan dari mana-mana pihak. Bukan menyalahkan golongan yang berada dan hidup dilimpahi wang ringgit tetapi hanya untuk membuka mata mengapa kejadian jenayah berlaku. Pernahkah keluar berita di dada akhbar jutawan mencuri di pusat membeli belah ataupun ahli politik merompak bank?

Jika manusia kaya tidak membantu yang miskin hina, siapa lagi? Kecelaruan makin menjadi-jadi di zaman moden kini kerana masyarakat menganggap wang adalah segala-galanya. Pemimpin yang bertanggungjawab, yang telah mendapat kepercayaan dari rakyat jelata seharusnya membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat miskin.

Salah 1 cara yang paling mudah untuk mengatasi kecelaruan adalah dengan mengeluarkan zakat. Bukankah harta yang ada pada golongan kaya adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT untuk orang-orang miskin.

Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
(Surah at-Taubah, Ayat: 103).

0 comments: