? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 26, 2010

TSUNAMI-TSUNAMI BESAR DALAM SEJARAH

Gelombang-gelombang laut raksasa terbesar akibat gempa bumi yang tercatat dalam sejarah adalah seperti berikut:

Gelombang raksasa paling tua yang pernah diketahui akibat gempa di laut, yang diberi nama "tsunami" oleh orang Jepun dan "hungtao" oleh orang Cina, adalah berlaku di Laut Tengah sebelah timur pada tanggal 21 Julai 365 M dan menewaskan ribuan orang di kota Iskandariyah, Mesir.

Ibukota Portugal hancur akibat gempa dahsyat Lisbon pada tanggal 1 November 1775. Gelombang samudra Atlantik yang mencapai ketinggian 6 meter 'memusnahkan' pantai-pantai di Portugal, Spanyol dan Maroko.

27 Ogos 1883: Gunung berapi Krakatau di Indonesia meletus dan gelombang tsunami yang menyapu pantai-pantai Jawa dan Sumatra menewaskan 36.000 orang. Letusan gunung berapi tersebut sungguh dahsyat sehingga bermalam-malam langit bercahaya akibat debu lava berwarna merah.

15 Jun 1896: "Tsunami Sanriku" menghentam Jepun. Tsunami raksasa berketinggian 23 meter tersebut menyapu orang awam yang berkumpul dalam perayaan agama dan membunuh 26.000 orang.

17 Disember 1896: Tsunami memusnahkan bahagian pematang Santa Barbara di California, Amerika Syarikat, dan menyebabkan banjir di jalan raya utama.

31 Januari 1906: Gempa di Lautan Pasifik menghancurkan sebahagian kota Tumaco di Kolombia, termasuk seluruh rumah di pantai yang terletak di antara Rioverde di Ekuador dan Micay di Kolombia; 1.500 orang meninggal dunia.

1 April 1946: Tsunami yang menghancurkan mercu Scotch Cap di kepulauan Aleut beserta lima orang penjaganya, bergerak menuju Hilo di Hawaii dan menewaskan 159 orang.

22 Mei 1960: Tsunami berketinggian 11 meter menewaskan 1.000 orang di Cili dan 61 orang di Hawaii. Gelombang raksasa melintas hingga ke pantai LautanPasifik dan mehancurkan Filipina dan pulau Okinawa di Jepun.

28 Mac1964: Tsunami "Good Friday" di Alaska menghapuskan tiga desa dari peta dengan 107 warga tewas, dan 15 orang meninggal dunia di Oregon dan California.

16 Ogos 1976: Tsunami di Pasifik menewaskan 5.000 orang di Teluk Moro, Filipina.

17 Julai 1998: Gelombang laut akibat gempa yang terjadi di Papua New Guinea bahagian utara menewaskan 2.313 orang, menghancurkan 7 desa dan mengakibatkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

26 Disember 2004: Gempa yang berukuran 8,9 pada skala Richter dan gelombang laut raksasa yang melanda enam negara di Asia Tenggara menewaskan lebih dari 156.000 orang.

netbook termahal di dunia

Bila Anda berpikir bahawa Sony Vaio P itu mahal, maka Anda harus melihat yang satu ini. Sebuah Acer Aspire One dengan sentuhan dari UFO-Hayashi (pereka gadget ternama dari Jepun yang telah melukis di beberapa iPod, ponsel, pc, dan gadget-gadget lain) ditawarkan dengan harga $3000. Hal tersebut mungkin bertentangan dengan konsep ultra-portabel dengan harga yang terjangkau dari netbook. Tetapi bila Anda tertarik dan pecinta seni, netbook tersebut tersedia di ebay. Specification : Processor Speed: 1.6 GHz Screen Size: 8.9 inch Operating System: Windows XP Memory (RAM): 1 GB Hard Drive Capacity: 120 GB.
sangat gah bukan.. =)

Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,”

Mungkin ianya agak basi namun tidak salah sekiranya saya sebagai salah seorang remaja yang membesar pada zaman ini memberi sedikit pandangan perhubung kenyataan Wardina Safiyyah, yang merupakan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI). Kenyataan yang dikeluarkan memang agak pedas tetapi bagi saya ia merupakan kenyataan yang berasas.
Wardina mengatakan sedemikian kerana melihat pada situasi sekarang dimana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi contoh dan ikutan masyarakat terutamanya para remaja yang selalunya menganggap mereka sebagai ikon. (dan pastinya saya bukan salah seorang dari mereka).
Walaupun Wardina dengan berani dan tegasnya ‘menghentam’ selebriti Malaysia, namun Wardina tidak menafikan ada juga di kalangan selebriti kat Malaysia ni yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik. Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga… sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh. Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat. Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,”
“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini. Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,”

Memang benar apa yang dikatakan oleh Wardina. sejak akihir-akhir ini, cerita artis hanya berkisar tentang masalah sosial yang mereka lakukan. cerita baik dan positif di kalangan artis di Malaysia boleh dikira dengan jari. MEMALUKAN. cerita sensasi lebih digembar-gemburkan sehingga mereka tidak dapat melakukan sesatu yang berguna terhadap masyarakat.

Thursday, February 11, 2010

the most beautiful islands on the world

Blue Bay Beach
Kiwengwa - Zanzibar

Binningup Beach
Western Australia

Beach Bottom Bay
Barbados

Baros
Maldives


Aruba
Netherlands Antilles




Monday, February 8, 2010

Anis Natasha bt. Abu Bakara
2009745743
MC225 (publishing
)


UNIKNYA MALAYSIA

‘Malaysia tanah airku’, itulah ungkapan yang menterjemahkan perasaan sayang dan cintanya kita terhadap negara kita, negara Malaysia. Hidup dalam keadaan aman dan sentosa dengan rakyat yang berbilang kaum pastinya itu membezakan kita dengan negara luar. Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa yang mengamalkan bermacam-macam jenis adat dan budaya yang sudah tentunya kita, sebahagian dari rakyat Malaysia akan turut mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan, perayaan dan acara yang dianjurkan.
Malaysia bukan sahaja dikenali kerana budaya yang berbagai-bagai tetapi juga kerana destinasi-destinasi bajet yang sangat cantik, makanan yang sedap-sedap belaka dan perayaan yang disambut secara meriah oleh semua bangsa di Malaysia. Walaupun pada hakikatnya, sambutan perayaan tersebut adalah didominan oleh bangsa lain sebagai contoh Thaipusam yang kita sedia maklum diraikan oleh masyarakat India, kita sebagai bangsa Melayu dan Cina turut sama meraikan untuk merasakan keseronokan dan kemeriahan yang dirasai oleh orang-orang India.
Malaysia sangat unik kerana masyarakatnya sentiasa hormat-menghormati dan bertolak-ansur di antara satu dengan yang lain. Warna-warni sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyusul tidak lama lagi kian terasa terutamanya apabila kita mengunjungi pusat membeli-belah. Warna merah dan jingga menghiasi setiap ruang legar pusat membeli-belah tersebut. Tarian-tarian singa dan tarian kipas kini makin rancak diadakan untuk membangkitkan lagi suasana atau rasa keseronokan meraikan Tahun Baru Cina. Dentam-dentum bunyi mercun tidak pernah menimbulkan rasa kurang senang dan perbalahan di antara masyarakat setempat. Kita sentiasa menghormati apa yang mereka lakukan selagi tidak mengganggu gugat keselamatan kita. Kita sedia maklum, Tahun Baru Cina pasti hambar jika tiada bunyi mercun. Tahun Baru Cina pastinya bakal disambut bukan sahaja bangsa Cina, malah bangsa Melayu dan India pasti turut sama memeriahkannya.
Keunikan bumi Malaysia kian terserlah apabila tiba bulan Ramadhan. Pada masa itu, kita boleh melihat bagaimana seronoknya bangsa lain membeli juadah-juadah yang dijual di Bazar Ramadhan. Rambang mata mereka tiap kali berkunjung ke Bazar Ramadhan yang tapak perniagaannya dimonopoli oleh bangsa Melayu. Tiada langsung deskriminasi ditunjukkan. Dasarnya, kita hidup dalam masyarakat yang berbagai jadi sudah tentunya kita, orang Melayu akan makan roti canai, orang India makan Yong Tau Fu dan orang Cina makan nasi lemak.
Setiap tahun, Malaysia akan menganjurkan Rumah Terbuka bersempena perayaan yang diraikan. Rumah Terbuka diadakan untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan memberi peluang kepada pelancong luar untuk merasai sendiri suasana perayaan, makanan dan sebagainya. Bukankah itu satu pengalaman yang sangat berharga. Rumah Terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja dipenuhi dengan orang Islam yang berbangsa Melayu, tetapi juga bangsa lain yang mahu menikmati rendang dan ketupat yang biasa ada ketika perayaan itu sahaja.
Menceritakan uniknya Malaysia dari pelbagai sudut pasti memerlukan masa yang sangat panjang. Dari segi tempat peranginannya, keenakan makanannya dan keseniaan serta adat yang diamalkan pastinya kita jauh berbeza dari negara lain. Kebanyakan negara di luar sana tidak mampu bahkan tidak boleh menikmati keamanan hidup majmuk kerana pada mereka sikap hormat terhadap bangsa dan budaya yang lain dari apa yang mereka amalkan adalah sesuatu yang tidak betul. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita harus sentiasa mengekalkan dan cinta terhadap negara kita serta menjaga tatasusila agar tidak menguris perasaan dan sesitiviti bangsa lain.

Sunday, February 7, 2010

BAGAIMANA NAK UNDI?

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini UITM Shah Alam telah mengadakan pilihanraya bagi melantik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sebagai pelajar semester 1, agak sedikit bercelaru untuk mengundi wakil pelajar yang tentunya akan memikul tanggungjawab dan membawa suara kami ke hadapan. tiada bakal wakil pelajar yang hadir ke kelas kuliah untuk mendebatkan atau memberitahu kepada kami tentang manifesto atau janji mereka kepada kami serta meyakinkan kami tentang kewibawaan mereka.
aku sendiri mengundi pada wakil yang aku rasa layak. aku mengundi berdasarkan muka yang bagiku mampu memikul tanggungjawab sebagai wakil kepada kami semua. bukankah mudah jika ada di antara mereka yang hadir memperkenalakan diri dan memberitahu kepada kami mengapa mereka harus diundi.
Sejak dari tarikh aku pergi mengundi sehingga kini, aku mungkin antara mereka yang ketinggalan. aku tidak tahu sama ada wakil pelajar yang aku undi itu menang atau sebaliknya.

Friday, February 5, 2010

PENAT

Kehidupan semasa menjadi pelajar kolej swasta dan IPTA amat berbeza. Kehidupan hari ini sangat memenatkan dan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah tidak pernah putus. Tipulah sekiranya hari-hari yang dipenuhi dengan tugasan sangat menyeronokkan. Aku sebagai manusia biasa kadang-kadang agak tertekan dengan apa yang ‘dihadiahi’ oleh pensyarah-pensyarahku.
Tapi sebagai seorang pelajar yang sedang bergelut dengan masa depan dan peluang pekerjaan yang agak terhad, mahu atau tidak mahu aku harus berkorban dan melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengn sebaiknya. Nasib baik ada di antara pensyarahku agak bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan memberikan kami kebebasan dalam memilih apa sahaja tajuk yang kami rasakan seronok untuk melakukannya.
Aku tahu semua ini akan mendatangkan hasil. Semua penat lelah dan tekanan ini akan berbayar namun sebagai pelajar baru, aku tetap merasa stress. Arghhhhhhh!! Kadangkala aku rasa agak kekeringan idea untuk membuat tugasan yang kebanyakannya memerlukan aku mereka-reka ayat. Aku harus tahan dengan semua ini atau aku akan memanjangkan tempoh untuk menjadi siswi di sini (ulang semester). Aku kena berusaha. Aku pasti aku mempunyai tangan yang akan sentiasa membantuku.

FENG SHUI

Feng Shui 2010

DRAGON
(born 2000, 1988, 1976)

For those who were born on Dragon year (me was born on this year), this is your Feng Shui for 2010. Keep reading ok. :)
While dragons are somewhat lucky than they were last year, help from certain quarters will offset bad luck remarkably. While Dragons lack their usual vitality in 2010, your normally arrogant persona takes a back seat, and many of you will become less demanding and more tolerant. Surround yourself with your allies, the Rat and the Monkey. For those of looking for romance, love luck is average, but if you can find yourself a Rooster or Snake partner, he or she could well be the one.- Malaysian Today

STATE OF THE INTERNET

Marshable.com has done with State of The Internet 2010, one image which breaks down the demographics of internet users – with both surprising and expected results:
Here they are:
-
There’s are no gender bias when it comes to the Internet; 74% men use it and also 74% of women.

- 93% of people ages 18-29 use it, but only 38% of people 65 and above do. 70% of people 50-64 are online. The older people are less likely to use the Internet.

- The higher their income level, they more likely it is that someone has broadband access.
94% of college grads are online, while only 39% of people with less than a high school education are.

- Internet use is up significantly in just the past five years. In 2005, 27% of people surveyed used the Internet ‘several times a day’. Now it’s 38%.

-58% have a desktop computer. 46% have a laptop.

-54% of bloggers consider themselves experts on whatever it is they’re blogging about.
Norway is the country with the highest level of the Internet penetration.

- Japan has the fastest Internet connections on average. – Marshable.com