? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 5, 2010

PENAT

Kehidupan semasa menjadi pelajar kolej swasta dan IPTA amat berbeza. Kehidupan hari ini sangat memenatkan dan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah tidak pernah putus. Tipulah sekiranya hari-hari yang dipenuhi dengan tugasan sangat menyeronokkan. Aku sebagai manusia biasa kadang-kadang agak tertekan dengan apa yang ‘dihadiahi’ oleh pensyarah-pensyarahku.
Tapi sebagai seorang pelajar yang sedang bergelut dengan masa depan dan peluang pekerjaan yang agak terhad, mahu atau tidak mahu aku harus berkorban dan melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengn sebaiknya. Nasib baik ada di antara pensyarahku agak bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan memberikan kami kebebasan dalam memilih apa sahaja tajuk yang kami rasakan seronok untuk melakukannya.
Aku tahu semua ini akan mendatangkan hasil. Semua penat lelah dan tekanan ini akan berbayar namun sebagai pelajar baru, aku tetap merasa stress. Arghhhhhhh!! Kadangkala aku rasa agak kekeringan idea untuk membuat tugasan yang kebanyakannya memerlukan aku mereka-reka ayat. Aku harus tahan dengan semua ini atau aku akan memanjangkan tempoh untuk menjadi siswi di sini (ulang semester). Aku kena berusaha. Aku pasti aku mempunyai tangan yang akan sentiasa membantuku.

0 comments: