? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 8, 2010

Anis Natasha bt. Abu Bakara
2009745743
MC225 (publishing
)


UNIKNYA MALAYSIA

‘Malaysia tanah airku’, itulah ungkapan yang menterjemahkan perasaan sayang dan cintanya kita terhadap negara kita, negara Malaysia. Hidup dalam keadaan aman dan sentosa dengan rakyat yang berbilang kaum pastinya itu membezakan kita dengan negara luar. Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa yang mengamalkan bermacam-macam jenis adat dan budaya yang sudah tentunya kita, sebahagian dari rakyat Malaysia akan turut mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan, perayaan dan acara yang dianjurkan.
Malaysia bukan sahaja dikenali kerana budaya yang berbagai-bagai tetapi juga kerana destinasi-destinasi bajet yang sangat cantik, makanan yang sedap-sedap belaka dan perayaan yang disambut secara meriah oleh semua bangsa di Malaysia. Walaupun pada hakikatnya, sambutan perayaan tersebut adalah didominan oleh bangsa lain sebagai contoh Thaipusam yang kita sedia maklum diraikan oleh masyarakat India, kita sebagai bangsa Melayu dan Cina turut sama meraikan untuk merasakan keseronokan dan kemeriahan yang dirasai oleh orang-orang India.
Malaysia sangat unik kerana masyarakatnya sentiasa hormat-menghormati dan bertolak-ansur di antara satu dengan yang lain. Warna-warni sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyusul tidak lama lagi kian terasa terutamanya apabila kita mengunjungi pusat membeli-belah. Warna merah dan jingga menghiasi setiap ruang legar pusat membeli-belah tersebut. Tarian-tarian singa dan tarian kipas kini makin rancak diadakan untuk membangkitkan lagi suasana atau rasa keseronokan meraikan Tahun Baru Cina. Dentam-dentum bunyi mercun tidak pernah menimbulkan rasa kurang senang dan perbalahan di antara masyarakat setempat. Kita sentiasa menghormati apa yang mereka lakukan selagi tidak mengganggu gugat keselamatan kita. Kita sedia maklum, Tahun Baru Cina pasti hambar jika tiada bunyi mercun. Tahun Baru Cina pastinya bakal disambut bukan sahaja bangsa Cina, malah bangsa Melayu dan India pasti turut sama memeriahkannya.
Keunikan bumi Malaysia kian terserlah apabila tiba bulan Ramadhan. Pada masa itu, kita boleh melihat bagaimana seronoknya bangsa lain membeli juadah-juadah yang dijual di Bazar Ramadhan. Rambang mata mereka tiap kali berkunjung ke Bazar Ramadhan yang tapak perniagaannya dimonopoli oleh bangsa Melayu. Tiada langsung deskriminasi ditunjukkan. Dasarnya, kita hidup dalam masyarakat yang berbagai jadi sudah tentunya kita, orang Melayu akan makan roti canai, orang India makan Yong Tau Fu dan orang Cina makan nasi lemak.
Setiap tahun, Malaysia akan menganjurkan Rumah Terbuka bersempena perayaan yang diraikan. Rumah Terbuka diadakan untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan memberi peluang kepada pelancong luar untuk merasai sendiri suasana perayaan, makanan dan sebagainya. Bukankah itu satu pengalaman yang sangat berharga. Rumah Terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja dipenuhi dengan orang Islam yang berbangsa Melayu, tetapi juga bangsa lain yang mahu menikmati rendang dan ketupat yang biasa ada ketika perayaan itu sahaja.
Menceritakan uniknya Malaysia dari pelbagai sudut pasti memerlukan masa yang sangat panjang. Dari segi tempat peranginannya, keenakan makanannya dan keseniaan serta adat yang diamalkan pastinya kita jauh berbeza dari negara lain. Kebanyakan negara di luar sana tidak mampu bahkan tidak boleh menikmati keamanan hidup majmuk kerana pada mereka sikap hormat terhadap bangsa dan budaya yang lain dari apa yang mereka amalkan adalah sesuatu yang tidak betul. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita harus sentiasa mengekalkan dan cinta terhadap negara kita serta menjaga tatasusila agar tidak menguris perasaan dan sesitiviti bangsa lain.

0 comments: