? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 26, 2010

Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,”

Mungkin ianya agak basi namun tidak salah sekiranya saya sebagai salah seorang remaja yang membesar pada zaman ini memberi sedikit pandangan perhubung kenyataan Wardina Safiyyah, yang merupakan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI). Kenyataan yang dikeluarkan memang agak pedas tetapi bagi saya ia merupakan kenyataan yang berasas.
Wardina mengatakan sedemikian kerana melihat pada situasi sekarang dimana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi contoh dan ikutan masyarakat terutamanya para remaja yang selalunya menganggap mereka sebagai ikon. (dan pastinya saya bukan salah seorang dari mereka).
Walaupun Wardina dengan berani dan tegasnya ‘menghentam’ selebriti Malaysia, namun Wardina tidak menafikan ada juga di kalangan selebriti kat Malaysia ni yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik. Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga… sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh. Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat. Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,”
“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini. Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,”

Memang benar apa yang dikatakan oleh Wardina. sejak akihir-akhir ini, cerita artis hanya berkisar tentang masalah sosial yang mereka lakukan. cerita baik dan positif di kalangan artis di Malaysia boleh dikira dengan jari. MEMALUKAN. cerita sensasi lebih digembar-gemburkan sehingga mereka tidak dapat melakukan sesatu yang berguna terhadap masyarakat.

0 comments: