? ??????????????Queen of Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.4 (15 Ratings)??949 Grabs Today. 22201 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Kiss Me Killer? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??743 Grabs Today. 17858 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 29, 2010

KEWARASAN AKAL DI MANA?

Perbuatan buang bayi bukanlah sesuatu yang janggal dalam kehidupan masyarakat sekarang namun membuang bapa sendiri akibat mengikut kehendak dan permintaan isteri adalah sesuatu yang agak luar biasa berlaku.
Bapa yang pernah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, sanggup kita lukakan hati mereka hanya kerana sayangkan isteri yang tidak berhati perut. Masyarakat masa kini semakin buta hati dan sesat dalam arus kemodenan. Mereka yang membuang bapa sendiri seharusnya sedar diri. Mereka berjaya bukanlah keranan diri mereka semata-mata. Bukanlah kerana kebijaksanaan yang dipinjam Allah tetapi adalah hasil daripada pengorbanan yang diberikan bapa mereka dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik yang mampu menjamin masa depan mereka.
Pengorbanan bapa langsung tidak dihargai. Warga emas yang hanya bergantung harap kepada anak sendiri dibuang seperti kain buruk, ditinggalkan di tepi jalan seperti mereka tidak berharga. Tidakkah timbul di benak hati para anak rasa kasih dan kasihan kepada bapa mereka.
Bapa seorang berjaya membesarkan anak-anak yang ramai namun mengapa tiada seorangpun daripada mereka mahu menjaga dan menguruskan bapa mereka satu-satunya dengan hati yang ikhlas dan redha. Mengapa tiada seorangpun di kalangan mereka yang kasih dan sayang pada bapa mereka seperti bapa mereka mengasihani mereka? Anak-anak derhaka ini merasakan tiada yang lebih berkuasa selain daripada mereka. Mungkin mereka menganggap bahawa insan yang pernah tidak tidur malam apabila mereka sakit dan sanggup tidak makan untuk melihat perut mereka terisi itu adalah beban yang sangat berat untuk dipikul.
Pelik. Rasa kasihan langsung tidak timbul ketika melihat air mata bapa mereka di kaca televisyen menangis dan memikirkan apakah yang pernah mereka lakukan sepanjang hayat mereka sehingga anak-anak tegar meninggalkan mereka di tepi jalan, di pusat kesihatan mahupun di masjid berdekatan. Mereka yang derhaka ini lebih takut kehilangan isteri daripada takut akan kemurkaan dan balasan yang bakal diberi oleh Allah s.w.t kepada mereka.
Balasan pasti akan tiba pada mereka yang melakukan perbuatan baik apatah lagi jahat. Tunggu dan lihatlah sahaja balasan yang dijanjikan. Semoga mereka menyesali perbuatan mereka ke atas bapa mereka. Semoga tiada lagi kisah buang bapa disiarkan di dada akhbar. Semoga kita mengambil iktibar di atas perbuatan yang membangkitkan kemarahan Allah s.w.t.

0 comments: